Pages

Friday 25 October 2013

Best Food at Cherating: Warung Awang Ikan Bakar

*Kriok*Kriok*

Tetiba rasa lapar pulak bila nak tulis entry ni. Yela brader, cer tengok tajuk atas tu. Best food kot :D Okay nak terus story tempat makan time kat Cherating hari tu. Actually before pegi tu, dah jadi habit review seberapa banyak info from bloggers. Thanks sgt la kat bloggers yang tulis entry pasal seafood yang best dekat area Cherating. You help me a lot tau :)

So, bila Ejat tanya nak dinner dekat mana ? Terus jawab, 'Awang Ikan Bakar' ! 
Sebenarnya banyak lagi kedai makan seafood yang boleh jadi pilihan ramai. Contohnya area Tanjung Lumpur, Kuantan. 

 Warung Awang Ikan Bakar ni terletak tepi jalan je kalau dari Club Med Cherating. Senang sangat nak cari. Parking juga disediakan :)

Pilihan Seafood:

Kerapu, Siakap, haaa mai ! mai !


Sutun. Eh, sotong & Udang :p


 Adik amik order tu cakap ketam bunga lebih manis isinya. Pandai tau adik promote sampai aku pun terus ter influence :p


After half an hour
.
.
.
.
.
Yummy !

Untuk hidangan malam tu kami order:

1. Tomyam Campur
2. Kerapu 3 Rasa
3. Ketam Masak Cili
4. Sotong & Udang celup tepung
5. Sayur Kailan 
6. Telur Dadar
7. Air: Limau Ais

Berbaloi-baloi rasanya makan kat warung ikan bakar ni. Layanan best (Adik waiter mesra pelanggan), tempat makan selesa and most important thing semua makanan yang di order sedap-sedap belaka. Seriously ! Pilihan kami malam tu adalah :

Ketam Masak Cili


Ketam masak cili kat warung ni sedap gilos ! Kuahnya ada campuran telur sikit tapi telur tu tak terasa. Gabungan rasa pedas dan manis yang meletops. *Kemain ayat kau* HAHA. Haaa terliuq lettew nak rasa kan ? tak menyesal u olls. Tak tipu ! *Waaaa meleleh ayaq liuq cek ni hoi* Ejat dah start suruh buat-buat cari resepi ketam ni pulak. Adoiii :p


Beberapa minit selepas itu :p Kagum tak tengok kelicinan tersebut ? HAHA :)

List of Seafood Price :)

Harga pun affordable tau. Harga makanan kami malam tu RM 65.00 sahaja. Highly recommended !


Dah kenyang kan ? Jom ler kita balik :p





xoxo




1 comment:

  1. Thanks For sharing this Superb article.I use this Article to show my assignment in college.it is useful For me Great Work. essen bestellen

    ReplyDelete